Setiap insan pasti ada hajat atau keinginan dalam hidup. Ada yang mengharapkan rezeki melimpah, pekerjaan yang stabil, kebahagiaan dalam rumah tangga, kesembuhan penyakit, atau kejayaan dalam perniagaan. Namun, untuk hajat menjadi kenyataan, kita perlu memohon kepada Allah SWT – pemilik segala sesuatu di dunia ini.
Allah SWT berfirman dalam surah Ghafir, ayat 60:
“Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan bagimu.”
Namun, bagaimana caranya agar doa kita benar-benar dikabulkan? Salah satu rahsia besar dalam Al-Quran adalah Surah Yasin ayat 82 yang dikaitkan dengan doa mustajab untuk memohon hajat.
1. Kehebatan Surah Yasin Ayat 82
Surah Yasin ayat 82 adalah ayat yang mustajab dan sering digunakan dalam amalan doa. Ayat ini berbunyi:
“Innama amruhu iza arada shay-an an yaqula lahu kun fayakun.”
“Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya, ‘Jadilah!’, maka jadilah sesuatu itu.”
Ayat ini menunjukkan bahawa tiada yang mustahil bagi Allah. Apabila Allah berkehendak sesuatu, hanya dengan “kun fayakun” – maka jadilah apa yang diingini.
IKLAN

MySabun.Com

RahsiaDoaMustajab

iThinkQuran
Belajar Al Quran Tanpa Stress. Kuasai Sehingga 80% Makna dan Perkataan AlQuran Dalam Tempoh 4-6 Bulan.
2. Rahsia Amalan Doa Dikabulkan Hajat dengan Surah Yasin Ayat 82
1.Mulakan dengan Niat Ikhlas
Berniat dengan hati yang bersih dan ikhlas hanya kerana Allah SWT.
2. Berwuduk dan Pilih Waktu Mustajab
- Waktu sepertiga malam (tahajud).
- Selepas solat fardhu.
- Ketika hujan turun.
3.Baca Surah Yasin Ayat 82 Berulang Kali
- Ulangi ayat ini sebanyak 7 kali atau mengikut kemampuan.
- Fokuskan hajat dalam hati sambil yakin kepada Allah.
4.Berdoa dengan Khusyuk dan Penuh Tawakal
Selepas membaca ayat ini, berdoalah dengan kata-kata yang jelas. Nyatakan hajat anda dan mohon agar Allah makbulkan.
5. Istiqamah dan Bersabar
Teruskan berdoa setiap hari, kerana Allah menyukai hamba yang sabar dan tidak putus asa.
3. Keistimewaan Amalan Ini dalam Memohon Hajat
✅ Keyakinan yang Mantap
Ayat ini mengajar kita bahawa Allah berkuasa menjadikan sesuatu dari mustahil kepada nyata. Tiada alasan untuk ragu-ragu ketika berdoa.
✅ Menenangkan Hati
Membaca ayat ini dengan khusyuk membantu menenangkan fikiran, mengurangkan keresahan, dan mendekatkan diri kepada Allah.
✅ Memohon dengan Tawakal
Tawakal bermaksud kita serahkan segalanya kepada Allah setelah berusaha. Dengan doa yang istiqamah, hati kita lebih tenang dan yakin.
“Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.” – (Al-Insyirah: 6)
4. Dah Berdoa Tapi Masih Tidak Makbul?
Ramai yang telah mengamalkan doa-doa mustajab tapi kenapa doa dan hajat masih tak makbul? Mungkin ada kesalahan yang perlu diperbaiki.
Antara usaha yang bole anda lakukan lagi bagi mendapatkan doa yang lebih mustajab ialah memahami sepenuhnya maksud ayat tersebut dari hari. InsyaAllah.
Jadi, jika anda:
✅ Sedang berusaha tetapi belum mendapat hasil.
✅ Menghadapi kesulitan besar dalam hidup.
✅ Perlukan ketenangan hati dan jawapan segera dari Allah.
Ambillah pengajaran dari surah ini. Surah Yasin ayat 82 adalah ayat yang mengingatkan kita bahawa Allah mampu mengubah segalanya. Tiada yang mustahil, asalkan kita yakin dan bersungguh-sungguh dalam berdoa.
Jadi dengan keyakinan, keikhlasan, insyaAllah anda akan rasai sendiri perubahan dalam hidup anda. Dengan izin Allah, tiada doa yang sia-sia.
Cara Mudah Untuk Belajar Al Quran Tanpa Stress
Anda hanya perlu capai misi 900 perkataan
Anda Ingat 900 perkataan,
Anda Faham 80% Al-Quran
Dengan Aplikasi Think Quran, anda boleh untuk belajar mengaji Al-Quran tanpa malu dan segan.
Aplikasi ini memfokuskan pada 900 perkataan yang kerap berulang dalam Al-Quran.
Sekiranya anda mahir 900 perkataan ini, ia bermakna anda boleh membaca dan memahami makna sehingga 80% Al-Quran.
Anda juga boleh teruskan lagi sesi pembelajaran dengan mempelajari makna 45 surah-surah pilihan yang sering dibaca oleh orang islam seluruh dunia seperti -surah al waqiah, surah al mulk, surah yasin surah alkahfi dan banyak lagi.
Hanya 15 min sehari secara konsisten, anda boleh mahir makna sehingga 900 perkataan dan dapat membaca 45 surah-surah pilihan dalam tempoh 4-10 bulan.
Bila dah mahir, anda boleh berjumpa ustaz atau ustazah untuk menilai bacaan anda seterusnya boleh khatam kan bacaan Al-Quran secara rasmi.
Kesimpulannya dengan Think Quran anda mendapat 2 kelebihan iaitu
- Belajar makna 900 perkataan
- Belajar membaca surah-surah pilihan.
Tanpa perlu hadir kelas, tanpa perlu yuran bulanan dan tanpa malu.
Boleh belajar ikut masa sendiri dimana-mana dan bila-bila masa saja



