Soalan: Apa Maksud Ilmu Makrifat? Saya ingin belajar ilmu ini tetapi saya tak faham dan keliru.
Pengenalan Maksud Ilmu Makrifat
Ilmu Makrifat adalah ilmu tertinggi dalam Islam yang berkaitan dengan pengenalan dan penyaksian terhadap Allah SWT dengan hati yang yakin. Ia bukan sekadar ilmu teori tetapi pengalaman batin yang mendalam dalam mengenal Allah, memahami hakikat kehidupan, dan mencapai kesedaran rohani yang tinggi.
Dalam ilmu tasawuf, perjalanan menuju makrifat Allah biasanya melalui empat tahap utama sebelum seseorang benar-benar mencapai tahap makrifat:
- Syariat – Mengikuti perintah dan larangan Allah melalui ibadah zahir (solat, puasa, zakat, haji, dsb.) – Ini adalah peringkat majoriti orang awam yang beragama islam.
- Tariqat – Mengamalkan ibadah dengan disiplin rohani melalui zikir, mujahadah (melawan nafsu), dan bimbingan guru mursyid.
- Haqiqat – Mengenal hakikat sesuatu perkara dengan memahami bahawa semua yang berlaku adalah dengan izin dan kehendak Allah.
- Makrifat – Sampai ke peringkat mengenal Allah dengan mata hati, merasai kewujudan-Nya dalam setiap detik kehidupan, dan menyedari bahawa segala sesuatu adalah manifestasi ketuhanan-Nya.
IKLAN

MySabun.Com

RahsiaDoaMustajab

iThinkQuran
Belajar Al Quran Tanpa Stress. Kuasai Sehingga 80% Makna dan Perkataan AlQuran Dalam Tempoh 4-6 Bulan.
Konsep Asas dalam Ilmu Makrifat
Dalam ilmu makrifat mengenal Allah merupakan asas tauhid yang paling penting. Makrifat Allah bermaksud mengenali dengan menyakini membenarkan dan beriman dengan hati kewujudan Allah, namaNya, sifatNya dan perbuatanNya dan tiada sesuatu yang serupa denganNya serta menerima segala yang berlaku adalah 100% kerana kehendak dan izinnya.
Orang yang ingin mengenal Allah sebagai Pencipta yang disembah, mestilah menzahirkan dengan bersunguh-sungguh kebenaran hakikat makrifatnya melalui perlaksanan ketaatan segala perintahanNya dan meninggalkan segala laranganNya
Bagaimana Memulakan Ilmu Makrifat?
Jika anda ingin mendalami ilmu makrifat, langkah pertama adalah:
1.Memperbaiki Syariat
- ⚠️ Pastikan ibadah asas seperti solat, puasa, dan amal kebaikan dilakukan dengan betul.
- Ilmu makrifat bukan untuk menggantikan syariat, tetapi untuk menjadikan kita lebih memahami dan menghayatinya.
2.Belajar Dengan Guru Mursyid
- Ilmu ini tidak boleh dipelajari sendiri kerana ia berkaitan dengan pengalaman rohani
- Anda perlu dibimbing oleh guru atau murshid supaya perjalanan anda ini tidak tersesat dan terkeluar dari landasan islam yang sebenar.
- Carilah guru murshid yang mempunyai sanad ilmu yang jelas.
3.Perbanyakkan Zikir & Mujahadah
- Zikir adalah kunci untuk membuka hati kepada cahaya makrifat.
- Mujahadah bermaksud melawan nafsu dan membuang penyakit hati seperti riak, ujub, dan sombong.
4. Tawakal & Ikhlas
- Jangan belajar ilmu makrifat kerana ingin mendapatkan kelebihan dunia.
- Fokus pada mencari reda Allah dan memahami hakikat kewujudan diri.
Penting Sebelum Anda Belajar Ilmu Makrifat
Sebelum anda bermula, anda perlulah mengetahui perkara penting ini.
Tidak dinafikan terdapat pelbagai kefahaman makrifatullah yang tidak menepati prinsip tauhid dan syariat Islam yang sebenar. Jadi anda perlulah berhati-hati. Anda perlu pastikan dan dapat menilai mana ilmu yang sebenar dan mana ilmu yang sesat.
Kefahaman makrifatullah yang hanya mengutamakan hati sahaja dan mengabaikan perlaksanaan segala kewajipan syariat Islam seperti pengabaian solat fardu lima waktu, puasa di bulan Ramadan, zakat dan lain- lain adalah suatu kefahaman yang keliru dan salah. Kefahaman sebegini boleh merosakkan iman dan menyesatkan seorang muslim Oleh itu, anda mestilah menjauhi kefahaman tersebut agar dapat menjadi muslim sebenar yang berpegang dengan ajaran yang dibawa oleh Rasullah SAW dan para Sahabat.
Kesimpulan
Maksud Ilmu makrifat adalah ilmu yang mendalam dan memerlukan perjalanan rohani yang serius. Ia bukan tentang mendapat kelebihan luar biasa tetapi tentang mencapai kesedaran hakiki bahawa Allah adalah segala-galanya. Jika anda benar-benar ingin mempelajarinya, mulakan dengan memantapkan syariat, mencari guru yang mursyid, dan memperbanyakkan zikir serta mujahadah nafsu.
Anda hanya perlu capai misi 900 perkataan
Anda Ingat 900 perkataan,
Anda Faham 80% Al-Quran




