Nak Doa Mustajab? Doa Nabi Yunus inilah salah satunya doa yang anda boleh baca dan amalkan sekiranya anda mempunyai hajat yang terdesak. Ia telah terbukti kemustajabannya dan dicatat dalam Al-Quran untuk rujukan sepanjang zaman.
Doa Nabi Yunus merupakan zikir yang dibaca oleh Nabi Yunus A.S. ketika Baginda berada dalam perut ikan nun. Zikir ini mengandungi kelebihan yang amat baik jika kita mengamalkannya, iaitu manfaat dikeluarkan kita daripada kesusahan atau bencana. Disebabkan zikir inilah, Allah S.W.T. telah menyelamatkan Nabi Yunus, yang akhirnya membolehkan baginda keluar dari perut ikan yang menelannya itu.
Kelebihan Doa Nabi Yunus
1. Dimakbulkan doa dan hajat
2. Doa yang terbaik Kerana Mengandungi Elemen Tauhid, Tasbih dan Istighfar.
✅Dalam doa Nabi Yunus terdapat pujian atas keesaan dan kesucian Allah. “Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau.”
✅ Ia menzahirkan diri kita adalah sebagai seorang hamba yang sangat lemah dan memerlukan keampunan Tuhan yang Esa.