hutang ah long

Asbab ilmu Nafas Doa, Puan Sakinah dapat kekuatan untuk lunaskan hutang ah long sebanyak RM20,450. Walaupun disaat itu, dirinya sendiri masih dalam kesempitan wang, tapi beliau telah berjaya mendidik hati untuk yakin dan bergantung sepenuhnya pada Allah.

Puan Sakinah sangat berusaha tengok video Kategori : Hutang dalam kelas Nafas Doa berulang kali. Beliau berdoa dengan bersungguh-sungguh, solat sunat taubat, bangun solat malam dan menyatakan kenapa terpaksa berhutang. Alhamdulillah Allah izinkan hutang Puan Sakinah sebanyak RM20,450 akhirnya selesai.

Walaubagaimanapun, asbab daripada hutang selesai jugalah, maka Puan Sakinah berhadapan dengan krisis kewangan sehingga pernah 5 hari terpaksa melalui kehidupan tanpa sebarang makanan. Tetapi beliau tetap yakin dengan Allah dan memohon  keampunan bersungguh-sungguh atas kesalahannya terlibat dengan riba.

Maka Hayati Maksud Ayat ini…
Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri.
[Surah An-Nisa Ayat 79]

Alhamdulillah Allah Maha Baik, bantuan Allah sentiasa ada.  Keperluan Puan Sakinah dan keluarga sentiasa mencukupi. Allah hadirkan orang-orang yang baik untuk membantu. 

Terkini kami direct pm puan Sakinah jam 8 malam tadi, (2 ogos 2023). Alhamdulillah bisnes tudung Puan Sakinah semakin laris dan kehidupan Puan Sakinah kini semakin baik. 🥰

 

Ramai yang diuji dengan masalah yang sama seperti Puan Sakinah. Tapi mereka tidak yakin untuk meminta bantuan Allah. Mereka masih juga mencari bantuan manusia lain, mereka juga sibuk mencari doa-doa mustajab dengan harapan doa-doa inilah yang akan membantu mereka keluar dari masalah. Salah tu!!!

Ketahuilah…Tiada doa yang mustajab tanpa izin Allah! Tiada manusia yang boleh bantu tanpa izin Allah!

Jadi jom terus minta pertolongan daripada Allah dengan cara solat dan berdoa dengan khusyuk.  Anda boleh belajar caranya dalam Nafas Doa.

“Dan mintalah pertolongan kamu sekalian dengan sabar dan Solat. Dan sesungguhnya solat itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.”
[Surah Al Baqarah ayat 45].

Nak tahu lanjut tentang Nafas Doa boleh klik link berikut
⤵⤵
https://RahsiaDoaMustajab.com

Semoga Dengan Usaha Kita Belajar Khusyuk Solat & Berdoa Ini Menjadi Asbab Kita Semakin Dekat Dengan Allah dan Allah Bantu Kita Keluar Dari Beban Masalah Hutang Ini.

Similar Posts