doa nabi yunus untuk hajat

Nak Doa Mustajab? Doa Nabi Yunus inilah salah satunya doa  yang anda boleh baca dan amalkan sekiranya anda mempunyai hajat yang terdesak. Ia telah terbukti kemustajabannya dan dicatat dalam Al-Quran untuk rujukan sepanjang zaman. 

Doa Nabi Yunus merupakan zikir yang dibaca  oleh Nabi Yunus A.S. ketika Baginda berada dalam perut ikan nun.  Zikir ini mengandungi kelebihan yang amat baik jika kita mengamalkannya, iaitu manfaat dikeluarkan kita daripada kesusahan atau bencana. Disebabkan zikir inilah, Allah S.W.T. telah menyelamatkan Nabi Yunus, yang akhirnya membolehkan baginda keluar dari perut ikan yang menelannya itu.

Firman Allah
 “Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami)”.
– Surah Al-Anbiya’ ayat 88

Kelebihan Doa Nabi Yunus

1. Dimakbulkan doa dan hajat

 
Menurut hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad,
 
Rasulullah ﷺ berpesan bahawa sesiapa yang berdoa dengan doa Nabi Yunus ini, maka Allah akan memperkenankan doa mereka. Sesungguhnya tidak ada muslim yang berdoa dengannya untuk apa saja (hajatnya), melainkan akan dimakbulkan Allah doanya itu.”
— HR Ahmad

2. Doa yang terbaik Kerana Mengandungi Elemen Tauhid, Tasbih dan Istighfar.

 

✅Dalam doa Nabi Yunus  terdapat pujian atas keesaan dan kesucian Allah. “Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau.”

✅ Ia menzahirkan diri kita adalah sebagai seorang hamba yang sangat lemah dan memerlukan keampunan Tuhan yang Esa.

 
Ingat ya..Kita ini HANYA HAMBA ALLAH yang lemah dan tiada daya upaya. Tanpa pertolongan Allah, kita takkan mampu buat apa2. Jadi kita minta Allah bantu kita dengan ayat-ayat yang terbaik ini
 

Kenapa doa tak makbul?..

Ramai Yang Cakap 

 ” Saya dah zikir, dah doa – tapi kenapa tak makbul pun doa saya 😭 “

Dengar ye,
 
Kenapa doa kita tak makbul? Sebab selama ini doa yang kita buat tu hanya sekadar LAFAZ DOA (Tadah tangan & baca doa secara lisan).  Mulut baca doa/zikir yang telah dihafal, fikiran melayang2.  Selalunya, maksud pun tak faham. Anda rasa layak tak doa itu dimakbulkan Allah?
 
Jadi kita perlu Ingat, yang memakbulkan DOA dan HAJAT kita adalah ALLAH, kita kena belajar untuk berdoa dari hati dan penuh kehambaan. Kita perlu berdoa dengan khusyuk dan yakin dengan doa kita dan perlu serahkan 100% kepercayaan pada Allah untuk berikan jalan untuk makbulkannya!
Nak tahu caranya, boleh belajar Nafas Doa.  NAFAS DOA ni adalah Belajar KHUSYUK dalam Solat & Berdoa. Selain itu, ia juga adalah sebagai :
 
1)  Ikhtiar untuk KEMBALI kepada Allah..
2) BAIKI hubungan dengan Allah..
3) DEKATKAN diri kepada Allah..
4) BERGANTUNG sepenuhnya kepada Allah..
.
.
Jom belajar dan daftar di sini 
⤵⤵⤵
 
 
Kami juga nak jemput anda untuk sertai group WhatsApp percuma sharing tentang basic Nafas Doa, Doa Makbul & Khusyuk Solat.
Klik sini 
⤵⤵

Similar Posts