Doa adalah senjata orang beriman. Selepas solat, pintu langit terbuka dan doa lebih mustajab. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan, di mana setiap amalan dilipatgandakan.
Salah satu doa yang sangat lengkap dan patut kita hafal adalah doa selepas solat yang diajarkan oleh para ulama. Doa ini mencakupi keperluan dunia dan akhirat, serta mengandungi permintaan kepada Allah dalam setiap aspek kehidupan.
IKLAN

MySabun.Com

HomeBiz.my
Makna Doa Selepas Solat
Allahumma inna nasaluka salamatan fiddin
(Ya Allah, kami memohon keselamatan dalam agama.)
Agama adalah tunjang kehidupan. Jika agama kita terjaga, hidup kita akan lebih tenang dan terarah.
Wa ‘afiyatan fil jasad
(Kesihatan tubuh badan.)
Tubuh yang sihat membolehkan kita beribadah dan mencari rezeki dengan lebih baik.
Wa ziyadatan fil ilmi
(Bertambah ilmu.)
Ilmu yang bermanfaat membawa keberkatan dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Wa barokatan firrizqi
(Keberkatan dalam rezeki.)
Rezeki yang berkat bukan sekadar banyak, tetapi juga memberi ketenangan dan kebahagiaan.
Wa taubatan qoblal maut, warohmatan indal maut, wa maghfirotan ba’dal maut
(Taubat sebelum mati, rahmat ketika mati, dan keampunan selepas mati.)
Setiap insan pasti akan kembali kepada Allah. Memohon rahmat dan keampunan adalah persediaan terbaik untuk akhirat.
Allahumma hawwin ‘alaina fii sakarotil maut
(Permudahkan sakaratul maut.)
Saat kematian adalah detik yang paling mencabar. Memohon kemudahan ketika sakaratul maut adalah tanda kesedaran kita tentang kehidupan akhirat.
Wa najaatan minannar
(Keselamatan dari api neraka.)
Syurga adalah impian setiap hamba Allah, dan neraka adalah tempat yang ingin kita jauhi.
Wal ‘afwa ‘indal hisab
(Dimaafkan ketika amal dihisab.)
Hari perhitungan adalah saat yang menentukan nasib kita di akhirat. Doa ini mengajar kita untuk memohon keampunan dari Allah.
Rabbighfirli wa liwalidayya warhamhumaa kamaa rabbayani shaghira
(Doa untuk ibu bapa.)
Ibu bapa adalah insan yang paling banyak berkorban untuk kita. Berdoa untuk mereka adalah tanda kesyukuran kita.
Rabbi hablii minash-shalihin
(Doa untuk anak-anak.)
Anak-anak adalah amanah dan rezeki daripada Allah. Kita berdoa agar mereka menjadi insan yang soleh dan solehah.
Rabbana aatina fid-dunya hasanah, wa fil akhirati hasanah, wa qina ‘azabannar
(Doa untuk kebaikan dunia dan akhirat.)
Inilah doa sejagat yang sering diajarkan Rasulullah SAW. Ia merangkumi kebahagiaan di dunia dan keselamatan di akhirat.
Kenapa Kita Perlu Hafal & Hayati Doa Ini?
Doa ini adalah amalan selepas solat yang sangat lengkap. Dengan menghafal dan menghayatinya, kita akan lebih khusyuk dalam berdoa. Bila doa dilakukan dengan penuh kefahaman dan keikhlasan, insyaAllah ia akan lebih mustajab.
Adakah Hidup Anda Sedang Dibelenggu Masalah ? Keluarga Tak Bahagia? Kesihatan Tak Menentu? Masalah Kewangan atau Perniagaan? Ada Hajat Terpendam Yang Masih Belum Termakbul? Dah Buntu & Tak Tahu Nak Buat Apa?
Jom tonton video kisah miracle ini!
KISAH MIRACLE #1
KISAH MIRACLE #2
Sebenarnya Banyak Lagi Testimoni Miracle Yang Kami Terima.
Terkini Ada Lebih Dari 2000! MasyaAllah..
Anda boleh rujuk & baca sendiri kisah Miracle mereka di sini :
Apa Itu Nafas Doa?
Nafas Doa adalah Teknik Ajaib yang membantu anda:
- Tenang, Fokus & Khusyuk doa & solat
- Menyelesaikan Masalah Hidup seperti hutang, tekanan hidup, dan konflik rumah tangga
Anda akan belajar caranya dalam Workshop Nafas Doa
Teknik ini telah membantu lebih 23,000 orang mencapai ketenangan, doa yang mustajab dan masalah mereka selesai dengan cara tak terduga!
Klik gambar di bawah untuk lihat info berkenaan kelas Nafas Doa
Daftar Sebagai Pelajar Nafas Doa Sekarang
Nak Belajar Buat Ibu Duit?
Siapa nak AKTIFKAN Energi Ibu Duit & Rasai Rezeki SENTIASA Mengalir, Hidup Tenang, dan Keberkatan yang Melimpah? Jom Buat Sendiri Ibu Duit Anda Untuk Tarik Rezeki & Yang Paling Penting, Ianya PATUH SYARIAH! Klik gambar di bawah
Adakah Anda Sedia Untuk Berubah?
Mungkin inilah peluang anda untuk keluar dari masalah dan mencapai rezeki dan ketenangan dalam hidup!
Mulakan dengan langkah kecil:
➡️ Pelajari teknik Nafas Doa.
➡️ Belajar Ilmu Ibu Duit DIY
Klik di sini untuk maklumat lanjut dan daftar sekarang:
🌐 RahsiaDoaMustajab.com
Mudah-mudahan, ini menjadi titik perubahan dalam hidup anda. Semua dengan izin Allah.